Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Thursday, July 29, 2010

Salam,

Rini balik umah mak di Bentong jap, singgah pas pi bank in duit sewa rumah kat Agro Bank. Hehe, dah selamat pun sampai barang yang Fini order Set Lepas Bersalin Tropical Herbs. (Post Natal Care - Amway Tropical Herbs). Ada juga dah sampai majalah Pa&Ma bulan Ogos. Fini ingatkan Mei ritu order untuk langganan dari Januari - Disember 2010 dapat sekali. Agaknya, dia mula dari Ogos 2010, sebab tertulis tempoh penghantaran pertama adalah 2bulan selepas tarikh order. Hrmms...




Mak tegur, set selepas bersalin tu boleh beli bila dah bersalin sebab sampai sehari selepas pembayaran dibuat. Tapi ritu, mak juga yang dok nyebut, "tak bertanya kat kawan-kawan ke diorang pakai set apa..". Bagi Fini, sementara Fini daya, ingat, plus memang kena beli awal sbb banyak lagi barang nak dibeli (semuanya melibatkan bajet sebenarnya), biarlah Fini beli berdikit-dikit. Last month, dah beli baju dan sedikit barang utk baby. Bulan ni dah beli set bersalin n baby coat. Fini tak mampu beli semuanya sekali gus. Anak yang pertama ni, banyak barang kena beli sbb takde kakak/abang yang leh bg pinjam barang. Takpelah, pelaburan utk jangka masa panjang.

Banyak lagi persediaan yang tidak dibuat. Berdikit-dikitlah nampaknya. Semoga bayi yang bakal lahir ni menjadi anak yang soleh/solehah, sihat, pintar dan cergas, anak yang menyenangkan hati kedua ibu bapanya, berjasa pada agama, bangsa dan negara. InsyaAllah, semua nak yang baik2 belaka. Doakan Fini due 13 Sept ni dengan selamat.

4 comments:

fossetta said...

Amin. Insyaallah, semoga semuanya selamat kelak.

~SyaFini Rosli~ said...

Tkasih Miss Nuha, sape ye ni? Buka blog, x de entry lagi :) tak dapat nk trace.

~SyaFini Rosli~ said...

Nawal Nasuha ke? :) "Kotak hati?"

miesha said...

semoga segalanyer berjalan dengan lancar....dengan kehendakNYA. tak lama lagi la yer due date nyer tuu...menghitung hari : )